ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Wednesday, January 30, 2013

KEINGINAN TERBESAR SETIAP MUSLIMAH

"KEINGINAN TERBESAR SETIAP MUSLIMAH"

Bismillahirrahmanirrahim…

Keinginan terbesar bagi setiap Muslimah ialah menjadi seorang isteri yang baik bagi suaminya. Yang pada akhirnya akan membawanya menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya.

Itulah salah satu alasan bagi setiap muslimah mengapa ia begitu merindukan apa yang disebutnya sebagai "PERNIKAHAN".

Merindukan seorang lelaki yang betul-betul punya pendirian yang jelas untuk menjadi Imamnya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk bercouple dengannya.

Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Akan tetapi,
Ia sangat merindukan seorang pemimpin yang boleh menuntunnya menjadi seorang Muslimah yang dapat membawanya untuk menyempurnakan ibadahnya.

Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang Muslimah yang mulia di hadapan Rabbnya.

Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang Muslimah yang mengabdi kepada imamnya.

Kerana ia yakin bahwa itulah jalan yang akan membawanya menuju redha Tuhannya.

Tuesday, January 29, 2013

Kisah Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahualam...

9 Cara Membalas Jasa Ibu

9 Cara Membalas Jasa Ibu


Pepatah mengatakan, "Kasih ibu sepanjang hayat, kasih ayah semasa ada." Setiap insan dilahirkan melalui rahim ibu. Mengenang jasa ibu bapa adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap anak. Jasa ibu bapa tidak dapat dibalas walau dengan menggunakan semua harta yang ada. Sesungguhnya kasih sayang mereka sudah terserlah daripada janin di dalam kandungan lagi. Anak-anak semestinya menerima dan mengenang semula kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada mereka. Semua kekayaan yang kita miliki ini tidak sama nilainya dengan satu titisan air susu ibu.

Antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk mengenang jasa ibu bapa seperti berikut:

1-Bagi menampung keperluan harian mereka, kita mesti sentiasa berusaha untuk memperuntukkan sebahagian daripada gaji atau pendapatan bulanan kita kepada mereka, ini bertujuan untuk meringgankan lagi beban perbelanjaan mereka.

2-Tentukan kesihatan yang terkawal dan baik terhadap kedua ibu bapa.

3-Berusaha memberi keselesaan yang sewajarnya kepada mereka. Bagi menguruskan kehidupan yang baik kepada mereka dengan menyediakan pembantu (bagi yang mampu).

4-Mengelakkan mereka merasa bosan sepanjang menjalani hidup di usia tua, kita seharusnya sentiasa membawa mereka pergi bersiar-siar.

5-Menghulur sumbangan memenuhi tuntutan ibadah ibu bapa yang belum tertunai seperti menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Fardu Haji ke Makkah, tunjukkan bahawa diri kita orang yang pertama memberi bantuan seperti ini kepada mereka.

6-Teruskan amalan baik yang pernah mereka lakukan semasa hidup di dunia.

7-Memanfaatkan harta tinggalan mereka ke jalan yang sebaik-baiknya.

8-Berdoa kepada mereka, dengan memohon agar dipanjangkan usia andainya mereka masih ada lagi.

9-Kepada ibu bapa yang sudah tiada, kita hendaklah sentiasa mendoakan agar roh mereka supaya diletakkan dalam golongan orang yang dikasihi.

Kita harus ingat, bahawa anak-anak yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengenang jasa ibu bapa akan diberikan ganjaran istimewa oleh Allah S.W.T kelak. Kesimpulannya, jasa yang disumbangkan oleh ibu bapa adalah sangat besar ertinya dan amat sukar untuk dinilai. 

Catatan Oleh: Wanzi

Sunday, January 27, 2013

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wewangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perem puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka taan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perem puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagi an tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perem puan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH